Thursday, July 11, 2013

Salam Ramadhan

Assalamualaikum wrt...

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK.



#Tingkatkan amalan kebaikan
#Perbanyakkan membaca Al-Quran
#Sentiasa basahkan lidah dengan Zikrullah
#Banyakkan bersedekah

*Semoga Ramadhan tahun ini dilalui dengan penuh barakah. InshaaAllah
:)

Saturday, June 22, 2013

Final Year Project 1 vs Industrial Training

Assalamualaikum wrt. dan salam sejahtera...

Alhamdulillah, sekarang boleh merehatkan minda sebelom menyiapkan minda untuk menghadapi ujian yang mendatang. :) Rehatkan minda dengan melihat alam bersama keluarga adalah saat yang paling ditunggu. Tak cukup keluar dengan sahabat2 sambung plak keluar dengan keluarga. nice ! hehe

Presentation FYP 1 pon dah tapi rasenye masih ade lagi yang mengekori. tak suka ! huhuu erm, abaikan je perasaan yang negatif, sentiasa berfikiran positif. Dalam keriangan ada ketakutan. eh boleh jadi madah ! hee Yes ! Latihan industi @ praktikal. Hurm tetiba malas nak fikir pasal tu. Terima je nanti seadanya. Macam pasrah kan? iyela belajar daripada pengalaman. Masuk dunia baru yakni terdedah dengan dunia pekerjaan. Jadi seram sejuk pulak.. Lagi sekali abaikan. Sepatutnya dah ade pengalaman senang la nanti, takde la terkapai-kapai ketidak selesaan seorang diri kan? bukan apa, takut sejarah berulang kembali. Sejarah mungkin berulang ! ;)

Keluar pagi dalam keterpaksaan sedangkan atas pertimbangan diri sendiri. Balik tanpa senyuman. Bukan penat, tapi.. erm entah la.. hari-hari macam tu, membilang hari untuk tamat. Sebulan setengah boleh dikategorikan lame jugak la bila hati tak suka. Bila hari terakhir, rasa terbang ke bintang je seronok. heh melampau ! Tapi Alhamdulillah dapat merasai pahit getir dunia pekerjaan sebelum melibatkan diri secara total dalam dunia tersebut. Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian kan? :(

Harapan : Semoga semuanya berjalan lancar dan dapat menempuhi segala cabaran dengan tenangnya terutama semasa menjalani ibadah puasa.(Eh dah nak puasa Ramadhan dah kita. Terus berdoa). Dan yang penting semoga sejarah tak mungkin berulang lagi. Dengan harapan keluar pagi dengan semangat yang tinggi, balik dengan senyuman yang lebar. InshaaAllah sama-sama doakan ! :)

Sekian, semoga praktikal nanti menjadi kenangan yang terindah ! :D

Kenangan : Kerja2 memasang link di tingkat 4.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Friday, June 14, 2013

Kebahagiaan Yang Didambakan.

Assalamualaikum wrt. dan salam sejahtera...

Alhamdulillah masih diberi kesempatan masa dan ruang untuk terus menghirup udara yang segar sehingga ke saat ini. Sentiasalah mensyukuri nikmat yang telah diberikan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ringtone lagu Maher Zain- Number One bernada riang memecah kesunyian. Dengan hati yang teragak-agak handphone dijawab. Terdengar suara yang sangat dirindui di talian. Walau mata tidak bertentang tapi hati sentiasa terikat.


Ibu : Assalamualaikum. kak dekat mana ni?
Kakak : Waalaikumussalam.. sekarang kat masjid ade kuliah jap. ma sihat ke? ( suara perlahan sengaja ditahan takut kedengaran orang sekeliling.)
Ibu : Oh, takpela kalau macam tu..Alhamdulillah ma sihat tapi penat sikit hari ni. nanti kak dah balik call la ma balik.
kakak : Ok ma.. 

Talian diputuskan. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Boleh tak kita bayangkan apa perasaan ibu sewaktu mendengar anaknya sedang berada di majlis ilmu? Sedih? kenapa perlu bersedih? Marah? Kenapa perlu marah? Mungkin saat itu dia menitiskan air mata terharu, gembira. Ibu mana yang tidak mahu hati anaknya sentiasa terikat dengan majlis ilmu? Ibu mana yang mahu anaknya menjadi seorang yang berperangai buruk? Tidak ! Tidak ada seorang ibu yang bersifat demikian. 

Sebagai seorang anak sanggupkah kita melihat ibu kita menangis disebabkan sifat buruk yang kita lakukan? Jika ya, masih ada waktu untuk memohon kemaafan daripada ibu bapa dan mendoakan mereka. Jika sudah tiada sentiasa memohon ampun daripada Allah dan sentiasa mendoakan kesejahteraan kepada ibu bapa kita. Jadilah anak yang soleh dan solehah. InshaaAllah bahagia di dunia.




p/s : Sentiasa berusaha menjadi yang terbaik dan dapat mengembirakan hati ibu bapa. Kita boleh memarahi dan tidak berpuas hati terhadap ibu, tapi ingat... Kesan parut ibu lahirkan kita tidak akan hilang sampai bila-bila. 

Sekian.





Friday, May 24, 2013

Menikmati Saat Indah Bersama

Assalamualaikum wrt...

Bersua lagi setelah lame menyepikan diri memberi laluan kepada kesibukan.
Alhamdulillah detik 10.30 am hari Rabu segala kesibukan belari2 pergi meninggalkan diri ini sedikit demi sedikit. Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Ye memang terlalu susah, jiwa kacau, tidak terurus, macam-macam lagi. Di akhirnya Allah permudahkan segala dan dapat menjalani kehidupan secara normal. heh !

Setelah sekian lama, detik ditunggu tiba. Menikmati saat indah bersama keluarga tercinta. Saat berkumpulnya semua adik-beradik di teratak bonda. Sangat susah untuk dikumpulkan reramai kerana masing-masing punyai komitmen tersendiri. Alhamdulillah. Makan sesama, sembang-sembang.gelak ketawa bersama. Detik yang  indah.. :)

Erk, baru nak mula bermadah-madah tetiba dipanggil. Yea Ma....!

Ok got to go now !
(lari lelaju.........)

bye !


usrah sa'adah ! :)



Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum wrt dan salam sejahtera.



" Gagal seorang doktor, mati seorang pesakit,
gagal seorang guru, rosak satu generasi.." (UAI)

Terimbau kembali semasa dibangku sekolah rendah.

Darjah 4 Murni :

Cg. Shamsul : Ok, saya nak tahu cita2 anda semua..
Murid2 : ermm baik cikgu..(takot2 jawab. bermula sesi bangun cakap dan duduk semula)
Cg. Shamsul : Apa cita2 awak aqma (bukan nama sebenar) ?
Aqma : erkk... engineer cikgu ! (perasaan kosong mungkin main sebut je..)
Cg. Shamsul : apa tu engineer? ( 
Aqma : Jurutera…(bersahaja jawapa
n)
Cg. Shamsul : Kenapa awak nak jadi engineer? ( soalan bertalu2)
Aqma : Nak bina bangunan..(yakin dengan jawapan)
Cg. Shamsul : ....


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sekarang, Alhamdulillah. Semoga Allah permudahkan jalannya.
Tak semudah apa yang diucapkan bertahun2 dahulu. T_T
Allah Maha Mendengar setiap apa yg diucapkan.

Terima kasih kepada semua pendidik yang telah mendidik diri ini sehingga sekarang.
“Selamat Hari Guru kepada semua cikgu2, pensyarah2 dan tenaga pengajar lain2..”
Semoga jasa mulia kalian semua dipandang tinggi olehNya.

#Pra Sekolah
#SK Manek Urai Baru
# SK Peria
#Maahad Rahmaniah
#Maahad Amir Indera Petra
#Kolej Poly-Tech Mara
#UiTM

*Nukilan sempena hari guru… 

*Tak lupa kpd ibu dan bapaku sbg pendidik ketika diri ini masih kecil sehingga sekarang. Terima kasih ma & abah. Jasamu hanya Allah yang mampu membalasnya...


Sweet memory.. hanya di sekolah saja ! :)


p/s : Jangan pernah berputus asa melakukan sesuatu. Sentiasa berdoa kepada ibubapa, guru2, rakan2 dan semua orang. :) Semoga sejahtera hidup di dunia dan di akhirat sana..Amin

Wednesday, May 1, 2013

Pencuri Masa Yang Profesional

Assalamualaikum wrt dan salam sejahtera.

Lama tak conteng-conteng, bercerita kat sini. Harini nak curi masa sikit. Pencuri masa untuk 5 minit saja. Memandangkan 5 minit saja, tangan kene laju-laju menaip tanpa berfikir panjang. Huish, betapa sibuknya diri mengalahkan calon politik yang bertanding ! gulp ! tapi hakikatnya macam tu lah.hee~~

Tak sempat masa dah.. Siapa yang perlu dipersalahkan? Renung sejenak. 24 jam masa dirasakan sekejap tak cukup. Ini kes parah !

Semoga Allah permudahkan segala urusanku dan semua. berilah kelapangan waktu semoga diri ini sentiasa tenang dalam apa hal sekalipun.

Rahsia lukisan hati.

Selamat Berehat kepada semua pekerja ! :)
Tapi kerja sebagai hamba Allah tidak pernah ada cuti.
Tersentap ! :'(

Ting ! Times up !


p/s : Belajarlah ambil sedikit masa untuk menjadi hamba Allah dalam kesibukan. Semoga sentiasa dalam LindunganNya :)

Monday, April 15, 2013

Hari ini hari Isnin

Assalamualaikum wrt...

Tomorrow is Monday Again??!
Okey jangan nangis-nangis mengeluh bagai,
meh kita perbaharui niat kita.

Ikhlaskan diri dalam melakukan segala pekerjaan.
Mencari ilmu untuk mencari redha Allah.
Mencari rezeki, mengajar contohnya semua kerana Allah.
Jika jika lakukan semua kerana Allah inshaaAllah segalanya tidak sia-sia.

Hadapi hari esok dengan senyuman indah ! :)


Ihsan daripada FB...



Wednesday, April 10, 2013

Ukhuwah Fillah Abadan Abada


PART 2

Assalamualaikum...

Bersua lagi kita tanpa suara dan wajah... hanya tulisan yang menghubungkan kita semua...( Iklan 3 saat) heee


Cinta Masjid

Alhamdulillah masih diberi ruang untuk berkongsi sedikit pengisian seperti yang dimentionkan dalam entri yang lepas (Di sini) . Tanpa ayat-ayat yang berbunga, terus masuk pada cerita :). Program ini berjalan dalam sekitar luar kawasan Masjid Shah Alam.

Checkpoint 1 : Dataran air pancut


Klu : Allah berfirman yang bermaksud
“ Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua mata air yang terus menerus memancutkan airnya. “ ( Surah Ar-Rahman : 66)

Dataran air pancut yang sangat luas.

Task yang diberikan : Kami dikehendaki membina bangunan yang tinggi menggunakan cawan kertas. Dengan menggunakan tali dan getah kami kena dirikan cawan kertas dengan sebelah tangan. Sangat mencabar emosi kerana banyak halangan luar. Alhamdulillah akhirnya kami dapat mendirikan bangunan tinggi menggunakan 6 cawan kertas tersebut dalam masa hampir 5 minit kot.

Ibrah yang kami dapat : Tidak mudah untuk membentuk masyarat yang besar dan kukuh. Banyak halangan dan cabaran yang terpaksa dilalui. Aggaplah tapak bangunan itu sebagai kita hari ini, jika kita lari dan tak ambil bahagian masakan bangunan yang tinggi dapat dibina dengan kukuh ? Oleh itu untuk membentuk sesebuah negara yang berlandaskan syariat Islam, maka hari ini kita perlu persiapkan diri dengan ilmu-ilmu dan dapat meneraju negara akan datang. :D


Checkpoint 2 : Menara jam

Klu : Masa ibarat pedang. Jika kita tidak memotongnya maka ia akan memotong kita.

Sampai sesat cari menara jam. 
Task yang diberikan : Main seakan bola beracun tapi kami dikehendaki menjaga dan melindungi ketua daripada terkena bola tersebut.


Ibrah yang kami dapat : Dunia sekarang banyak anasir-anasir luar dan cabaran dalam menjalani kehidupan kita. Jika kita tidak kuat dan tidak ada ilmu nescaya kita akan terikut-ikut dan sifat jahiliyah akan terus membelenggu diri kita. Anggap ketua tadi sebagai diri kita dan penghalang adalah cara kita menepis segala cabaran yang datang untuk menghasut hati kita. Jadi, carilah ilmu sebanyak mungkin untuk panduan hidup di dunia dan bekalan kita di akhirat sana.


Checkpoint 3 : Gelanggang memanah

Klu : Antara sukan yang disukai oleh Rasulullah SAW.

Dah tutup, tak sempat nak main panah-panah..huhuu

Task yang diberikan : Kami perlu menjatuhkan 2 tin yang didisi pasir dengan menggunakan ranting, batu kecil dan botol plastic kosong.

Ibrah yang kami dapat : Tin itu adalah matlamat dan hala tuju kita, manakala bahan lain adalah cara untuk kita capai hasrat kita. Jangan pandang rendah pada kemampuan kita dan jangan terlalu tinggi cara digunakan sehingga tidak tercapai akan kemampuan kita. Sebagai contoh, kami memandang rendah pada ranting kerana anggapan kami ranting yang kecik masakan dapat menjatuhkan tin yang besar. Tapi anggapan kami silap ! kerana rantinglah tin-tin itu dapat dijatuhkan. Oleh itu, walau apa cara sekalipun kita lakuakn, jangan terus putus asa. Cuba dan terus mencuba !

Alhamdulillah walaupun hanya 3 checkpoint yang kami lalui tapi banyak manfaat yang kami dapat. Penat tapi dapat !  Dapat mengeratkan lagi ukhuwah antara sahabat-sahabat. Daripada tidak kenal menjadi akrab. Semoga Allah merahmati dan memberkati ukhuwah yang dibina.

 # Usrah dapat mendidik hati dan berkenal-kenalan. :) ♥
# Salah satu cara untuk memakmurkan masjid ialah lakukan aktiviti atau program sekitar masjid. InshaaAllah hati akan terus terikat dan menyintai masjid.

p/s : Bolehlah jadikan modul pada sesapa yang nak buat explorace. :) Explorace yang luar biasa. " From Zero to Hero ! " Semoga bermanfaat. InshaaAllah

Sunday, April 7, 2013

Ukhuwah Fillah Abadan Abada


PART 1

Assalamualaikum wrt...

Alhamdulillah dalam kesibukan waktu yang semakin terhimpit masih sempat meluangkan sedikit masa untuk beriadah bersama lebih tepat lagi menghubungkan silaturrahim dan mengeratkan ukhuwah antara sahabat-sahabat. Seorang pelajar tidak hanya terikat dengan buku-buku pelajaran sahaja malah curilah sedikit waktu untuk berukhwah. Tidak rugi malah dapat memperluaskan lagi jaringan bukan sahaja di alam maya tetapi di dunia yang nyata. :)

Mungkin sahabat-sahabat semua sedang sibuk dengan assignments yang tidak putus-putus, projek yang kene siapkan (macam tuan punya blog. heee) , persediaan untuk presentation, tests yang semakin hampir, dan banyak lagi la.. tak mampu nak senarai banyak-banyak.. hohoo. Apa-apa pon, luangkan sedikit masa untuk rileks (ade s, banyak tu) ! emm lebih tepat lagi tenangkan fikiran jangan serabut-serabut.. Kite enjoy ! eheh.

Alhamdulillah, baru selesai menyertai Explorace Henshin yang lain daripada yang lain. Thumbs up to akak-akak dan sahabat semua. :)

Inilah programnya... :)

* Nantikan perkongsian yang dapat dikongsi dalam usaha menghampiri garisan penamat ! 
InshaaAllah... Sharing is caring ! :)


p/s : Semoga dipermudahkan segara urusan sahabat-sahabat sekalian. Sentiasa perbaharui niat. Mencari ilmu untuk mencari keredhaan Allah... :) Semoga segala usaha yang dilakukan akan dipandang oleh Allah walaupon kecil. :) InshaaAllah.

Setiap Gambar Ada Cerita !

Assalamualaikum wrt...

Seringkali manusia menggambarkan blog tempat untuk meluahkan perasaan, macam diari, sebagai medium menyebarkan perkara kebaikan dan banyak lagi lah. Tapi dalam entri ini saya ingin menjadikan ia sebagai tempat meluah perasaan. Boleh?
 ha, tak boleh?
(suka hati la..kasar sangat)
Tidak mengapa akan dibolehkan juga.hek3 :)

Kita layan gambar-gambar tertera dulu : 


Suka beraksi depan kamera.

lagi...

ha, sgt suka kamera !

lagi...
adik dan kakak... :)


Saya sangat rindu pada mereka-mereka ini...:') k bye ! (Luahan Hati)

p/s : Semoga dapat berjumpa lagi. InshaaAllah akan tiba saatnya nanti..huhuu :')


Monday, March 25, 2013

Masa Tambahan



Assalamualaikum wrt...

Tragedi penuh tragis !
Menyayat hati !
Terlalu sadis !
T_T
Pilu,
Hiba,
Terharu,
Kecewa,
T_T lagi !

Eh ape kaitan dengan masa tambahan?
Begini kisahnya....

Selalunya perjalanan mengambil masa 7 jam, jika drive secara berhemah hampir 8 jam. Tapi semalam bertambah-tambah plak masa, bukan seminit dua tapi berjam-jam..huhuu rasenye jika naik kt johor dah sampai kedah dah..( ok terlebih suda...) :( Semua jenis public transport sapu bersih. Bas, ktm, teksi. Kalau perlu naik feri, dah naik rasenye. hoho

Tengah-tengah kebuntuan mencari jalan pulang, Allah telah menghantar seorang mak cik mungkin dalam 50an datang menolongku. Alhamdulillah. Pesanan makcik tu semasa menunjukkanku jalan,

"Malu bertanya sesat jalan." " Kat sini nak bertanya kena pilih orang, silap tanya kita pulak dimarahinya."

Semoga Allah membalas jasa baik makcik tu. :)

Alhamdulillah akhirnya selamat sampai. Dugaan sebagai seorang musafir. Doa semasa musafir akan dimakbulkan. Jadi doa tidak putus-putus. :)

p/s : Beringat sebelom kena, bila dah kena jadikan pengajaran. Yakinlah pada Allah. Sesungguhnya hanya Allah yang bisa membantu kita dalam macam-macam bentuk pertolongan. :)

Friday, March 22, 2013

Layarkanku Ke Arah CintaMu

Assalamualaikum wrt.

Alhamdulillah diberi kesempatan masa untuk meng'update' pengisian blog ini. :)
Tetiba selongkar folder lama-lama, masih kemas tersimpan satu video nasyid yang sangat syahdu bila dihayati liriknya. Walaupun agak lama jugak la video ni, em memang lama la sekarang pon dah susah nak dengar kat mana-mana radio kan, tapi lagu ni berada di carta lagu kesukaanku.. :)

Ape lagi lirik dah ade, ayuh karok secara sopan... hehee


Layar Keinsafan

Album : Layar Keinsafan
Munsyid : Mestica

Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora.




p/s : Lirik yang indah. Sangat mengusik jiwa.

Saturday, March 16, 2013

Menulislah Kerana Allah



Assalamualaikum wrt...


Bersua lagi kita.

Mungkin entri ni agak samar-samar.Tidak mengapa nanti akan diberi pencerahan. :)

Eh rasenya takde lah dalam mana bahasa,rasanya sume boleh paham bila baca tajuk besar kan?

tak? okey-okey macam ni...


Kita keluar sikit daripada topik,bukan sahaja dari segi menulis tapi dalam semua aspek kita mesti letakkan Allah di hadapan.Oleh itu kita akan takut untuk menyebarkan cerita-cerita palsu, bercakap perkara yang sia-sia dan macam-macam lagi yang bukan-bukan.


Jadi, mulai hari ini,detik ini, ketika ini, niatkan dalam hati kecil kita kerana Allah.Sebelum memulakan sesuatu perkara niatlah kerana Allah.Belajar kerana Allah, menulis kerana Allah, mengajar kerana Allah, memberi kerana Allah, makan dan minum kerana Allah, etc.Eh makan dan minum pon kerana Allah?Iye lah, bila kita makan dan minum dari rezeki yang halal dan berkhasiat, badan kita akan sentiasa sihat dan bebas daripada penyakit berbahaya. Oleh itu, kita dapat melakukan ibadah dengan sempurna. 

Betol kan? Ke ade ape-ape nak ditambah? boleh-boleh. Silakan... :)


Kata-kata yang kita tulis akan kekal sampai bila-bila selagi ia tidak didelete. Jadi, tulislah perkara-perkara yang berfaedah dan memberi manfaat untuk orang lain.

Berusaha menulis perkara yang bermanfaat.

[Gambar hiasan]
p/s : Sentiasalah berpesan-pesan dengan kebenaran. (^^)\/

Thursday, March 14, 2013

Penang Aku Datang

Assalamualaikum wrt...

(Gambar hiasan)

Alhamdulillah impian telah dimakbulkan.:)
Betapa Allah sentiasa mendengar bisikan hati hambaNya, walaupon kata hati tapi manusia tidak akan terlepas daripada pengawasan Allah. Selalulah niat yang baik-baik. InshaaAllah.. :)

Sejak berpisah membawa hala tuju pengajian masing-masing, sudah jarang untuk bertemu dengan teman-teman seperjuangan. Tapi rezeki tiada siapa yang tahu. Hari-hari rancang itu dan ini tapi jika tidak diizinkan oleh Allah takkan kemana mana pon kita. Betul kan?

Okey.. Straight to the point, rakan sekolej ingin mengadakan perjumpaan tergempar di Penang. Konon-konon untuk menghimpunkan semua2 sahabat seperjuangan semasa diploma pada 8/3/2013. Tetapi last minute sume geng perempuan tidak jadi pergi atas sebab-sebab tertentu.( nak senaraikan terlalu banyak ) Erm masa tu, tiada perasaan, yakin pada Allah akan sampai jugak sana suatu hari nanti. Positif ! :)

Tiga hari sebelum 8/3 dengar ada program berbentuk kem di Penang daripada sorang sumber yang boleh dipercayai . Terasa gembira datang tiba-tiba sambil-sambil pujuk-memujuk untuk ikut sekali lebih kurang menumpang la. nak dijadikan cerita sesi pujuk-memujuk berakhir dengan kecewa. Redha, pasrah sume bercampur. Tapi Allah Maha Besar. Dia telah mengatur segala-gala. Ditakdirkan peserta tidak mencukupi kami empat orang diimport untuk menyertainya. Hati tidak terus menerima tawaran tersebut bukan jual mahal :) tetapi ingin membuat keputusan yang memuaskan hati semua pihak. Ceh ! Konon2 adakan sesi bincang-bincang. sangat penting lagi-lagi dengan mama abah.. :D

Atas beberapa sebab, tawaran tersebut diterima dengan hati yang girang. Berfikir sejenak, ada hikmah tak jadi pergi dengan mereka-mereka menggunakan kewangan sendiri. Rupanya Allah nak bagi lagi baik daripada tu, pergi dengan persatuan bawak diri sahaja. Terima kasih ! hehe hati melonjak-lonjak kegembiraan dan ketidaksabaran datang serta merta. Tak sabar, tak sabar tak sabar ! ( jerit macam Lisa Surihani..:D )

Alhamdulillah akhirnya tercapai. 2 in 1. Eh ingatkan minuman je ade 2 in 1? program pon ade taw..hehee Di samping berprogram dapat la juga jumpa sahabat2 kat Uitm Penang. Bukan saja 2 in 1 malah sesampainya kat sane 3 in 1 ! sungguh tak tipu.. :) Dapat jumpa sahabat2 yang dirindui, sertai program dan dapat ilmu pengetahuan.. Alhamdulillah tiga hari berada di sana. :)

Kata-kata ini juga dilontarkan oleh MPP UiTM Penang.

* bersambung...

p/s : InshaaAllah akan disambungkan lagi cerita berkisar pengalaman yang berharga ini...:)
"Jika berukhwah kerana Allah akan terasa kemanisan dalam Ukhwah tersebut."

Saturday, March 2, 2013

Penulisan itu

Assalamualaikum..
Selamat pagi..:)

Saya kagum dengan penulis-penulis buku yang boleh mengarang beratus-ratus page. Terasa ingin tahu apakah rahsia mereka. hehe. Saya mahu ikut jejak mereka.

Sekarang ni tengah berkira-kira untuk menulis cerpen atas permintaan. Tetapi belum lagi membuat keputusan yang konkrit untuk mula mengarang. Mungkin tengah mencari idea barangkali, diri sendiri pon belum pasti. hish ! Erm mungkin diri ini bukan dilahirkan untuk menjadi penulis itu yang membuatkan ada halangan dan cabaran yang sukar diatasi. :) Ok, percaya pada diri sendiri !

Mungkin juga alasan tersebut hampir tepat kerana bidang pengajianku sekarang jauh berbeza dengan bidang penulisan. Tapi tidak mustahil bukan? (Sedapkan hati.) Cepat bagi suntikan semangat sikit...:)
Kan best kalau kita bercakap-cakap bagi idea, sebelah kita ada PA yang khusyuk menaip dan dan tidak jemu meneruskan penceritaan kita. Itulah sifat yang sukar dipisahkan dalam diri sejak dahulu lagi. Suka berimeginasi. huhu Ish percuma aje khayalan tersebut ! Eh kadang-kadang seronok juga ! :)

Sekarang sudah mati kata-kata. Setakat ini sajalah dulu.
Jumpa lagi di lain cerita.

p/s : Semoga mood menulis datang mencurah-curah. :)

Monday, January 28, 2013

Ujian Kehidupan


Assalamualaikum wrt...

#First entry untuk tahun 2013. :)

Alhamdulillah dikesempatan ini masih lagi dikurniakan nikmat kesihatan untuk terus melihat alam kejadian ini. Kita jangan terleka dengan nikmat ini kerana bila-bila masa saja nikmat ini akan ditarik balik. Hari ini kita dengar orang kembali menghadap Ilahi tapi tidak mustahil esok giliran kita pula.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun. Itu tandanya semakin hari semakin dekat kita dengan Ilahi. Oleh itu marilah sama-sama kita tingkatkan amalan kebaikan kita seharian walaupun sebesar zarah kebaikan yang kita lakukan. Semoga usaha kecil yang kita lakukan akan dipandang tinggi oleh Allah SWT.

Jika disebut tentang kehidupan, manusia tidak lari daripada diuji. Bersyukurlah jika hari ini kita diuji kerana itu adalah tanda Allah SWT masih lagi mengawasi dan menyayangi kita. Selalu kita dengar orang bercakap ,
" Manusia tidak lepas daripada ujian." Betollah apa yang dikatakan itu.

Ujian Allah SWT terhadap kita bukan keburukan atau kesusahan yang ditimpa ke atas kita, tapi kesenangan, kemewahan, kegembiraan kita hari ini juga ujian daripada Allah untuk melihat tindakan hambaNya. Jadi kita sebagai hamba Allah SWT yang sentiasa melakukan keburukan sentiasalah beristigfar dan bermuhasabah diri dalam setiap keadaan. Bertaubatlah sebelum terlambat. Mungkin kita selalu cakap.

"Ah, esokla bertaubat." ,
" Ala aku tak buat salah pon kenapa perlu bertaubat?" , 
" Esok-esok lah buat kebaikan."
" Sekali-sekala jadi jahat bukannya selalu."

Dan banyak lagi kata-kata yang selalu didengari. Ajal tidak menunggu kita. Kita kena ingat, mungkin kata-kata tersebut menjadi sebab malaikat tarik nyawa kita, kita tidak tahu.(Nauzubillah)

Semoga tahun ini kita dapat melatih diri kita melakukan lebih banyak kebaikan daripada keburukan. Memperbanyakkan bersedekah dan sentiasa basahkan bibir dengan zikrullah. InshaaAllah.

Akhir kalam, semoga kita sama-sama berusaha untuk mendapatkan Syurga Allah SWT.. InshaaAllah.

p/s : Semoga entry ini bermanfaat dan berguna untuk semua. Sama-sama perbaiki diri. Doakan diri ini sama.