Monday, January 28, 2013

Ujian Kehidupan


Assalamualaikum wrt...

#First entry untuk tahun 2013. :)

Alhamdulillah dikesempatan ini masih lagi dikurniakan nikmat kesihatan untuk terus melihat alam kejadian ini. Kita jangan terleka dengan nikmat ini kerana bila-bila masa saja nikmat ini akan ditarik balik. Hari ini kita dengar orang kembali menghadap Ilahi tapi tidak mustahil esok giliran kita pula.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun. Itu tandanya semakin hari semakin dekat kita dengan Ilahi. Oleh itu marilah sama-sama kita tingkatkan amalan kebaikan kita seharian walaupun sebesar zarah kebaikan yang kita lakukan. Semoga usaha kecil yang kita lakukan akan dipandang tinggi oleh Allah SWT.

Jika disebut tentang kehidupan, manusia tidak lari daripada diuji. Bersyukurlah jika hari ini kita diuji kerana itu adalah tanda Allah SWT masih lagi mengawasi dan menyayangi kita. Selalu kita dengar orang bercakap ,
" Manusia tidak lepas daripada ujian." Betollah apa yang dikatakan itu.

Ujian Allah SWT terhadap kita bukan keburukan atau kesusahan yang ditimpa ke atas kita, tapi kesenangan, kemewahan, kegembiraan kita hari ini juga ujian daripada Allah untuk melihat tindakan hambaNya. Jadi kita sebagai hamba Allah SWT yang sentiasa melakukan keburukan sentiasalah beristigfar dan bermuhasabah diri dalam setiap keadaan. Bertaubatlah sebelum terlambat. Mungkin kita selalu cakap.

"Ah, esokla bertaubat." ,
" Ala aku tak buat salah pon kenapa perlu bertaubat?" , 
" Esok-esok lah buat kebaikan."
" Sekali-sekala jadi jahat bukannya selalu."

Dan banyak lagi kata-kata yang selalu didengari. Ajal tidak menunggu kita. Kita kena ingat, mungkin kata-kata tersebut menjadi sebab malaikat tarik nyawa kita, kita tidak tahu.(Nauzubillah)

Semoga tahun ini kita dapat melatih diri kita melakukan lebih banyak kebaikan daripada keburukan. Memperbanyakkan bersedekah dan sentiasa basahkan bibir dengan zikrullah. InshaaAllah.

Akhir kalam, semoga kita sama-sama berusaha untuk mendapatkan Syurga Allah SWT.. InshaaAllah.

p/s : Semoga entry ini bermanfaat dan berguna untuk semua. Sama-sama perbaiki diri. Doakan diri ini sama.