Saturday, June 22, 2013

Final Year Project 1 vs Industrial Training

Assalamualaikum wrt. dan salam sejahtera...

Alhamdulillah, sekarang boleh merehatkan minda sebelom menyiapkan minda untuk menghadapi ujian yang mendatang. :) Rehatkan minda dengan melihat alam bersama keluarga adalah saat yang paling ditunggu. Tak cukup keluar dengan sahabat2 sambung plak keluar dengan keluarga. nice ! hehe

Presentation FYP 1 pon dah tapi rasenye masih ade lagi yang mengekori. tak suka ! huhuu erm, abaikan je perasaan yang negatif, sentiasa berfikiran positif. Dalam keriangan ada ketakutan. eh boleh jadi madah ! hee Yes ! Latihan industi @ praktikal. Hurm tetiba malas nak fikir pasal tu. Terima je nanti seadanya. Macam pasrah kan? iyela belajar daripada pengalaman. Masuk dunia baru yakni terdedah dengan dunia pekerjaan. Jadi seram sejuk pulak.. Lagi sekali abaikan. Sepatutnya dah ade pengalaman senang la nanti, takde la terkapai-kapai ketidak selesaan seorang diri kan? bukan apa, takut sejarah berulang kembali. Sejarah mungkin berulang ! ;)

Keluar pagi dalam keterpaksaan sedangkan atas pertimbangan diri sendiri. Balik tanpa senyuman. Bukan penat, tapi.. erm entah la.. hari-hari macam tu, membilang hari untuk tamat. Sebulan setengah boleh dikategorikan lame jugak la bila hati tak suka. Bila hari terakhir, rasa terbang ke bintang je seronok. heh melampau ! Tapi Alhamdulillah dapat merasai pahit getir dunia pekerjaan sebelum melibatkan diri secara total dalam dunia tersebut. Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian kan? :(

Harapan : Semoga semuanya berjalan lancar dan dapat menempuhi segala cabaran dengan tenangnya terutama semasa menjalani ibadah puasa.(Eh dah nak puasa Ramadhan dah kita. Terus berdoa). Dan yang penting semoga sejarah tak mungkin berulang lagi. Dengan harapan keluar pagi dengan semangat yang tinggi, balik dengan senyuman yang lebar. InshaaAllah sama-sama doakan ! :)

Sekian, semoga praktikal nanti menjadi kenangan yang terindah ! :D

Kenangan : Kerja2 memasang link di tingkat 4.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

No comments:

Post a Comment

Komen