Wednesday, April 10, 2013

Ukhuwah Fillah Abadan Abada


PART 2

Assalamualaikum...

Bersua lagi kita tanpa suara dan wajah... hanya tulisan yang menghubungkan kita semua...( Iklan 3 saat) heee


Cinta Masjid

Alhamdulillah masih diberi ruang untuk berkongsi sedikit pengisian seperti yang dimentionkan dalam entri yang lepas (Di sini) . Tanpa ayat-ayat yang berbunga, terus masuk pada cerita :). Program ini berjalan dalam sekitar luar kawasan Masjid Shah Alam.

Checkpoint 1 : Dataran air pancut


Klu : Allah berfirman yang bermaksud
“ Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua mata air yang terus menerus memancutkan airnya. “ ( Surah Ar-Rahman : 66)

Dataran air pancut yang sangat luas.

Task yang diberikan : Kami dikehendaki membina bangunan yang tinggi menggunakan cawan kertas. Dengan menggunakan tali dan getah kami kena dirikan cawan kertas dengan sebelah tangan. Sangat mencabar emosi kerana banyak halangan luar. Alhamdulillah akhirnya kami dapat mendirikan bangunan tinggi menggunakan 6 cawan kertas tersebut dalam masa hampir 5 minit kot.

Ibrah yang kami dapat : Tidak mudah untuk membentuk masyarat yang besar dan kukuh. Banyak halangan dan cabaran yang terpaksa dilalui. Aggaplah tapak bangunan itu sebagai kita hari ini, jika kita lari dan tak ambil bahagian masakan bangunan yang tinggi dapat dibina dengan kukuh ? Oleh itu untuk membentuk sesebuah negara yang berlandaskan syariat Islam, maka hari ini kita perlu persiapkan diri dengan ilmu-ilmu dan dapat meneraju negara akan datang. :D


Checkpoint 2 : Menara jam

Klu : Masa ibarat pedang. Jika kita tidak memotongnya maka ia akan memotong kita.

Sampai sesat cari menara jam. 
Task yang diberikan : Main seakan bola beracun tapi kami dikehendaki menjaga dan melindungi ketua daripada terkena bola tersebut.


Ibrah yang kami dapat : Dunia sekarang banyak anasir-anasir luar dan cabaran dalam menjalani kehidupan kita. Jika kita tidak kuat dan tidak ada ilmu nescaya kita akan terikut-ikut dan sifat jahiliyah akan terus membelenggu diri kita. Anggap ketua tadi sebagai diri kita dan penghalang adalah cara kita menepis segala cabaran yang datang untuk menghasut hati kita. Jadi, carilah ilmu sebanyak mungkin untuk panduan hidup di dunia dan bekalan kita di akhirat sana.


Checkpoint 3 : Gelanggang memanah

Klu : Antara sukan yang disukai oleh Rasulullah SAW.

Dah tutup, tak sempat nak main panah-panah..huhuu

Task yang diberikan : Kami perlu menjatuhkan 2 tin yang didisi pasir dengan menggunakan ranting, batu kecil dan botol plastic kosong.

Ibrah yang kami dapat : Tin itu adalah matlamat dan hala tuju kita, manakala bahan lain adalah cara untuk kita capai hasrat kita. Jangan pandang rendah pada kemampuan kita dan jangan terlalu tinggi cara digunakan sehingga tidak tercapai akan kemampuan kita. Sebagai contoh, kami memandang rendah pada ranting kerana anggapan kami ranting yang kecik masakan dapat menjatuhkan tin yang besar. Tapi anggapan kami silap ! kerana rantinglah tin-tin itu dapat dijatuhkan. Oleh itu, walau apa cara sekalipun kita lakuakn, jangan terus putus asa. Cuba dan terus mencuba !

Alhamdulillah walaupun hanya 3 checkpoint yang kami lalui tapi banyak manfaat yang kami dapat. Penat tapi dapat !  Dapat mengeratkan lagi ukhuwah antara sahabat-sahabat. Daripada tidak kenal menjadi akrab. Semoga Allah merahmati dan memberkati ukhuwah yang dibina.

 # Usrah dapat mendidik hati dan berkenal-kenalan. :) ♥
# Salah satu cara untuk memakmurkan masjid ialah lakukan aktiviti atau program sekitar masjid. InshaaAllah hati akan terus terikat dan menyintai masjid.

p/s : Bolehlah jadikan modul pada sesapa yang nak buat explorace. :) Explorace yang luar biasa. " From Zero to Hero ! " Semoga bermanfaat. InshaaAllah

2 comments:

  1. tiada penganjur pon.. :) akak2 naqibah yg aturkan.. sesaje mengeratkan ukhuwah antara ahli usrah lain katanya..:)

    ReplyDelete

Komen