Saturday, March 2, 2013

Penulisan itu

Assalamualaikum..
Selamat pagi..:)

Saya kagum dengan penulis-penulis buku yang boleh mengarang beratus-ratus page. Terasa ingin tahu apakah rahsia mereka. hehe. Saya mahu ikut jejak mereka.

Sekarang ni tengah berkira-kira untuk menulis cerpen atas permintaan. Tetapi belum lagi membuat keputusan yang konkrit untuk mula mengarang. Mungkin tengah mencari idea barangkali, diri sendiri pon belum pasti. hish ! Erm mungkin diri ini bukan dilahirkan untuk menjadi penulis itu yang membuatkan ada halangan dan cabaran yang sukar diatasi. :) Ok, percaya pada diri sendiri !

Mungkin juga alasan tersebut hampir tepat kerana bidang pengajianku sekarang jauh berbeza dengan bidang penulisan. Tapi tidak mustahil bukan? (Sedapkan hati.) Cepat bagi suntikan semangat sikit...:)
Kan best kalau kita bercakap-cakap bagi idea, sebelah kita ada PA yang khusyuk menaip dan dan tidak jemu meneruskan penceritaan kita. Itulah sifat yang sukar dipisahkan dalam diri sejak dahulu lagi. Suka berimeginasi. huhu Ish percuma aje khayalan tersebut ! Eh kadang-kadang seronok juga ! :)

Sekarang sudah mati kata-kata. Setakat ini sajalah dulu.
Jumpa lagi di lain cerita.

p/s : Semoga mood menulis datang mencurah-curah. :)

No comments:

Post a Comment

Komen