Friday, January 13, 2012

Pembukaan,Permulaan dan Pendahuluan


Assalamualaikum wrt..

5 September 2011 sehingga saat ini 13 Januari 2011,hanya tinggal 25 minit lagi untuk melangkah masuk 14 januari 2011. Err! banyaknya nombor ! Inilah kehidupan yang perlu dijalani hidup dipenuhi nombor2,simbol2, unit2 dan sewaktu dengannya. Manakala kalkulator pula adalah rakan karib saya yang sangat berjasa sehingga sekarang..:D Ok berbalik kepada tarikh yang dinyatakan membuktikan bahawa begitu lama tidak mencoretkan sesuatu dilaman ini.Betapa cepat masa berlalu,betapa pantas waktu berputar sedar tak sedar sudah sampai pertengahan bulan 1.

Saat ini masa untuk merehatkan minda yang sudah kepenatan kerana sepetang bersama kalkulator kesayangan. Tanpa kalkulator tiadalah kemampuan untuk mengira nombor yang ber'infiniti', dengan pelbagai formula. Terasa minda sudah dilimpahi dengan nombor2 dan formula2 yang berkaitan. Rehatkan minda seterusnya mengosongkan sedikit ruang untuk memasukan formula2 bagi subjek seterusnya. Benarla kata orang belajar sangat penat minda. Tapi jika kita niat belajar untuk mencari ilmu InsyaAllah kepenatan kita dalam belajar tidak sia-sia malah dipandang oleh Allah. Mana 1 yang kita mahu, belajar penat sia-sia saja @ belajar penat tapi berkat? Tanyalah diri kita sendiri hanya kita sahaja yang mampu menjawabnya.


Emm macam tak kena plak dengan tittle kat atas 2 kan..hehe..takpe2 ade jugak pengisian sikit2..:) Bersempena dengan minggu peperiksaan akhir sekarang(eh skema plak!) ni elok juga kita bercakap tentang perkara yang berkaitan dengan peperiksaan kan.. Pelbagai kata2 semangat telah diterima untuk menguatkan semangat tetapi jika diri kita sendiri tidak bertindaka apa2 tidak ada gunanya. Dari satu paper ke satu paper telah berlalu.Kadang2 paper yang sebelumya memberi kesan pada semangat kita untuk paper yang seterusnya.betol x? Selalunya betol la..bercakap melalui pengalaman.Apabila kita dapat jawab soalan dengan baik, semangat untuk belajar akan lebih bertambah tapi jika soalan susah dan tidak pasti jawapan yang ditulis ia akan melemahkan semangat untuk belajar subjek seterusnya. ini salah. Apabila kita sudah menjawab dengan sebaiknya kita mesti redha dan tawakkal kepada Allah atas apa yang dah kita usahakan. :) Ketenganagn sangat penting dalm setiap perkara.

" Ketenangan dapat mengatasi orang yang bijak"

Sebelom keluar daripada exam hall tadi, seorang lecturer sempat meninggalkan kata semangat untuk kami semua supaya tidak putus asa untuk 2 subjek lg.. Itulah kata semangat paling terkesan buat saya. Ia berbunyi (ok takde bunyi :D) :

" Ujian ini bukanlah satu pengukuran tahap kebijaksanaan pelajar tetapi untuk mengukur tahap kefaham pelajar. Jika kita gagal xbermakna kita tidak bijak atau tidak pandai tetapi tahap kefahaman kita kurang."

Ini bermaksud janganlah kita putus asa dalam pelajaran kita dan janga
n cepat menghukum diri jika kita gagal.tak bermaksud kita gagal kita tidak pandai mungkin ada hikmah disebalik setiap sesuatu kejadian. mungkin Allah nak bagi kejayaan yang lebih lagi mana kita tahu. Kita sebagai hambaNya sentiasa perlu berdoa kerana doa adalah senjata orang yang beriman. Ingatlah jangan sombong untuk menadahkedua belah tangan berdoa memohon sesuatu daripada Allah kerana Dialah sebaik-baik tempat pertolongan.Ingat!

Sebenarnya kata-kata,coretan dan tulisan ini ditujukan untuk diri sendiri. Semoga diri ini dapat mengambil pengajaran daripada cerita tersebut. Semoga diri ini kuat dalam mengharungi setiap ujian hidup. InsyaAllah.:)

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

"Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun."

(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Wallahua'lam.

P/s : Sentiasa meminta maaf dan memberi maaf kepada semua. Dan sentiasalah berdoa memohon ampun daripada Allah.Doakan untuk sahabat2 kita semua juga.Semoga hidup kita sentisa diberkati oleh Allah.Barakallahulakum !:D