Monday, September 5, 2011

Manis-manis Lebaran

Assalamualaikum wrt...

Rasanya belom terlambat lagi untuk saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada seluruh muslimin dan muslimat. Memandangkan kita masih lagi berada di bulan Syawal jadi, tak salah kita meraikan dan salaing bermaaf-maafan sesama kita. Semoga salah dan silap kita diampunkan...:)

Kemeriahan sambutan hari raya sangat berbeza mengikut tempat dan negeri..yea kan? Dalam bulan ni juga ramai yang mengambil kesempatan untuk mengadakan kenduri kawen, open house makan2 dan sebagainya.maklumla masa hari raya la ramai sanak saudara pulang ke kampung halaman untuk sama-sama meraikan hari lebaran.Meriah kan dapat kumpul-kumpul dengan sedara semua.beruntung bagi mereka
yang mempunyai adik-beradik ramai dan sanak saudara yang ramai.senang kata keluarga kembangan..hehee

Bagaimana dengan sambutan raya anda-anda semua? tentu meriah kan..tapi yang lagi meriah ialah kanak-kanak.Malam raya dah tak lena tidur dok tengok baju raya.hehe.ala sama dengan je kan sebab kita dulu pon pernah merasai za
man kanak-kanak..tersangatla manis kalau dik
enang kembali..hihii

Akhir coretan,maafkan diri ini andai tersalah bicara,tersilap kata tanpa sedar atau tidak sengaja..Saya menyusun jari memohon ampun dan maaf.. Semoga amalan-amalan kita di bulan Ramadhan tidak berakhir di situ sahaja..semoga amalan tersebut diteruskan dalam bulan2 yang seterusnya.InsyaAllah.. Raikan hari Kemenangan dengan meriah tanpa melanggar batas2 syariat yang telah ditetapkan..

SALAM HARI RAYA ADILFITRI !

p/s : Antara amalan sunat bulan Syawal iaitu puasa 6..ayuh kita berpuasa beramai2.dah bleh start da..:)