Saturday, November 24, 2012

Save Gaza !



Assalamualaikum....

Alhamdulullah Alhamdulillah Alhamdulillah...

Setinggi-tinggi syukur dipanjatkan kepada Allah kerana kita masih lagi dapat menghirup udara yang bersih InshaaAllah. Dapat hidup dalam negara yang aman. Dapat melakukan aktiviti harian seperti biasa.

Dalam pada kita bersenang melalui hari-hari kita, jangan kita lupa pada saudara-saudara kita yang sedang berjuang mempertahankan Islam. Mereka tidak dapat merasa kesenangan, kedamaian sama seperti kita lalui harini. Kanak-kanak kecil tidak dapat merasa kehidupan seperti kanak-kanak di Malaysia, bermain bersama kawan-kawan, bersuka ria bersama keluarga dan sebagainya.

Mungkin kita sekarang dihujani air-air hujan yang membasahi bumi tapi di negara mereka dihujani peluru-peluru, bom-bom yang menghancurkan bumi mereka. Apakah kita sedar tentang perkara ini? Marilah kita berfikir sejenak tentang penderitaan saudara-saudara kita di Palestine, Syria dan seluruh negara.

Tanya diri kita ; Apakah sumbangan yang dah aku berikan?

Mungkin untuk sama-sama pergi berjuang jauh sekali tapi ini bukan alasan untuk kita berdiam diri dengan hanya melihat berita-berita tentang keganasan tanpa perasaan. Pelbagai cara lain untuk sama-sama membantu mereka antaranya berdoa. Doa adalah senjata bagi umat Islam. InshaaAllah Allah mendengar setiap patah doa kita. Pohonlah ! Disamping itu juga, kita boleh boikot barangan-barangan yang menyumbang kepada Israel. Dengan cara ini dapat melumpuhkan ekonomi-ekonomi mereka.

Ayuh bangkitlah wahai pemuda pemudi sekalian ! Sematkan semangat jihad di dalam hati masing-masing. Semoga kemenangan sentiasa berada di pihak yang benar. Bersatulah demi menentang musuh-musuh Allah.
Takbir !

Allahu Akbar !

Firman Allah yang bermaksud :

" Janganlah kamu menyangka bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu sebenarnya hidup disisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki."

[ Surah Ali-Imran : 169]


p/s : Allah telah menjanjikan Syurga bagi para syuhada'. Bagaimana pula dengan kita ? Tingkatkan keimanan. Semoga kita juga tergolong dalam golongan syuhada'. InshaaAllah.