Saturday, March 16, 2013

Menulislah Kerana Allah



Assalamualaikum wrt...


Bersua lagi kita.

Mungkin entri ni agak samar-samar.Tidak mengapa nanti akan diberi pencerahan. :)

Eh rasenya takde lah dalam mana bahasa,rasanya sume boleh paham bila baca tajuk besar kan?

tak? okey-okey macam ni...


Kita keluar sikit daripada topik,bukan sahaja dari segi menulis tapi dalam semua aspek kita mesti letakkan Allah di hadapan.Oleh itu kita akan takut untuk menyebarkan cerita-cerita palsu, bercakap perkara yang sia-sia dan macam-macam lagi yang bukan-bukan.


Jadi, mulai hari ini,detik ini, ketika ini, niatkan dalam hati kecil kita kerana Allah.Sebelum memulakan sesuatu perkara niatlah kerana Allah.Belajar kerana Allah, menulis kerana Allah, mengajar kerana Allah, memberi kerana Allah, makan dan minum kerana Allah, etc.Eh makan dan minum pon kerana Allah?Iye lah, bila kita makan dan minum dari rezeki yang halal dan berkhasiat, badan kita akan sentiasa sihat dan bebas daripada penyakit berbahaya. Oleh itu, kita dapat melakukan ibadah dengan sempurna. 

Betol kan? Ke ade ape-ape nak ditambah? boleh-boleh. Silakan... :)


Kata-kata yang kita tulis akan kekal sampai bila-bila selagi ia tidak didelete. Jadi, tulislah perkara-perkara yang berfaedah dan memberi manfaat untuk orang lain.

Berusaha menulis perkara yang bermanfaat.

[Gambar hiasan]
p/s : Sentiasalah berpesan-pesan dengan kebenaran. (^^)\/

No comments:

Post a Comment

Komen