Friday, June 14, 2013

Kebahagiaan Yang Didambakan.

Assalamualaikum wrt. dan salam sejahtera...

Alhamdulillah masih diberi kesempatan masa dan ruang untuk terus menghirup udara yang segar sehingga ke saat ini. Sentiasalah mensyukuri nikmat yang telah diberikan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ringtone lagu Maher Zain- Number One bernada riang memecah kesunyian. Dengan hati yang teragak-agak handphone dijawab. Terdengar suara yang sangat dirindui di talian. Walau mata tidak bertentang tapi hati sentiasa terikat.


Ibu : Assalamualaikum. kak dekat mana ni?
Kakak : Waalaikumussalam.. sekarang kat masjid ade kuliah jap. ma sihat ke? ( suara perlahan sengaja ditahan takut kedengaran orang sekeliling.)
Ibu : Oh, takpela kalau macam tu..Alhamdulillah ma sihat tapi penat sikit hari ni. nanti kak dah balik call la ma balik.
kakak : Ok ma.. 

Talian diputuskan. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Boleh tak kita bayangkan apa perasaan ibu sewaktu mendengar anaknya sedang berada di majlis ilmu? Sedih? kenapa perlu bersedih? Marah? Kenapa perlu marah? Mungkin saat itu dia menitiskan air mata terharu, gembira. Ibu mana yang tidak mahu hati anaknya sentiasa terikat dengan majlis ilmu? Ibu mana yang mahu anaknya menjadi seorang yang berperangai buruk? Tidak ! Tidak ada seorang ibu yang bersifat demikian. 

Sebagai seorang anak sanggupkah kita melihat ibu kita menangis disebabkan sifat buruk yang kita lakukan? Jika ya, masih ada waktu untuk memohon kemaafan daripada ibu bapa dan mendoakan mereka. Jika sudah tiada sentiasa memohon ampun daripada Allah dan sentiasa mendoakan kesejahteraan kepada ibu bapa kita. Jadilah anak yang soleh dan solehah. InshaaAllah bahagia di dunia.




p/s : Sentiasa berusaha menjadi yang terbaik dan dapat mengembirakan hati ibu bapa. Kita boleh memarahi dan tidak berpuas hati terhadap ibu, tapi ingat... Kesan parut ibu lahirkan kita tidak akan hilang sampai bila-bila. 

Sekian.





No comments:

Post a Comment

Komen