Thursday, March 14, 2013

Penang Aku Datang

Assalamualaikum wrt...

(Gambar hiasan)

Alhamdulillah impian telah dimakbulkan.:)
Betapa Allah sentiasa mendengar bisikan hati hambaNya, walaupon kata hati tapi manusia tidak akan terlepas daripada pengawasan Allah. Selalulah niat yang baik-baik. InshaaAllah.. :)

Sejak berpisah membawa hala tuju pengajian masing-masing, sudah jarang untuk bertemu dengan teman-teman seperjuangan. Tapi rezeki tiada siapa yang tahu. Hari-hari rancang itu dan ini tapi jika tidak diizinkan oleh Allah takkan kemana mana pon kita. Betul kan?

Okey.. Straight to the point, rakan sekolej ingin mengadakan perjumpaan tergempar di Penang. Konon-konon untuk menghimpunkan semua2 sahabat seperjuangan semasa diploma pada 8/3/2013. Tetapi last minute sume geng perempuan tidak jadi pergi atas sebab-sebab tertentu.( nak senaraikan terlalu banyak ) Erm masa tu, tiada perasaan, yakin pada Allah akan sampai jugak sana suatu hari nanti. Positif ! :)

Tiga hari sebelum 8/3 dengar ada program berbentuk kem di Penang daripada sorang sumber yang boleh dipercayai . Terasa gembira datang tiba-tiba sambil-sambil pujuk-memujuk untuk ikut sekali lebih kurang menumpang la. nak dijadikan cerita sesi pujuk-memujuk berakhir dengan kecewa. Redha, pasrah sume bercampur. Tapi Allah Maha Besar. Dia telah mengatur segala-gala. Ditakdirkan peserta tidak mencukupi kami empat orang diimport untuk menyertainya. Hati tidak terus menerima tawaran tersebut bukan jual mahal :) tetapi ingin membuat keputusan yang memuaskan hati semua pihak. Ceh ! Konon2 adakan sesi bincang-bincang. sangat penting lagi-lagi dengan mama abah.. :D

Atas beberapa sebab, tawaran tersebut diterima dengan hati yang girang. Berfikir sejenak, ada hikmah tak jadi pergi dengan mereka-mereka menggunakan kewangan sendiri. Rupanya Allah nak bagi lagi baik daripada tu, pergi dengan persatuan bawak diri sahaja. Terima kasih ! hehe hati melonjak-lonjak kegembiraan dan ketidaksabaran datang serta merta. Tak sabar, tak sabar tak sabar ! ( jerit macam Lisa Surihani..:D )

Alhamdulillah akhirnya tercapai. 2 in 1. Eh ingatkan minuman je ade 2 in 1? program pon ade taw..hehee Di samping berprogram dapat la juga jumpa sahabat2 kat Uitm Penang. Bukan saja 2 in 1 malah sesampainya kat sane 3 in 1 ! sungguh tak tipu.. :) Dapat jumpa sahabat2 yang dirindui, sertai program dan dapat ilmu pengetahuan.. Alhamdulillah tiga hari berada di sana. :)

Kata-kata ini juga dilontarkan oleh MPP UiTM Penang.

* bersambung...

p/s : InshaaAllah akan disambungkan lagi cerita berkisar pengalaman yang berharga ini...:)
"Jika berukhwah kerana Allah akan terasa kemanisan dalam Ukhwah tersebut."

No comments:

Post a Comment

Komen