Wednesday, July 11, 2012

Kembara Ilmu @ Lawatan Sambil Belajar

Assalamualaikum wrt...

Selepas bertarung dengan kertas-kertas ujian, kami merancang untuk Kembara Ilmu. Awal pagi kami bertolak ke tempat yang dituju. Jika diceritakan mesti kata-kata ini yang didengar ; 'Macam kanak-kanak .', '(sambil gelak) Lawatan sambil belajar ke?', 'Baru nak pergi ke?'. Mungkin dan inilah yang disuarakan. Tapi kami meneruskan juga kembara kami ke Petrosains. (Jangan gelak !)

Lawatan sambil belajar di sini. :)
Alhamdulillah, selama 3 jam perjalanan dan penantian kami tiba disana. Yea, memang betol suara-suara tersebut. Kanak-kanak Tadika sangatla ramai sehingga tiket kami ditunda ke pukul 12.30 pm. Untuk menambahkan ilmu Sains dan Teknologi sesuaila ke tempat tersebut kerana ia berkait dengan teknologi sekeliling kita.

Belajar tangkap rama-rama.

Kami menghabiskan masa sekejap disana  dan seterusnya bertanya khabar kepada kawan kami yang baru sampai ke tanah air. Exited bila berjumpa kerana sekian lama tidak berjumpa selepas habis diploma. Alhamdulillah, berjumpa kerana Allah dan berpisah kerana Allah. Sangat manis persahabatan jika semuanya kerana Allah. Pertemuan tidak berakhir di situ.. InshaAllah jika kelapangan satu hari nanti pasti Allah aturkan lagi pertemuan yang sangat manis. :D

Love our Ukhuwah.


* Meneruskan lagi kembara iaitu Kembara Ukhuwah. Nantikan !

Friday, July 6, 2012

Salam Sya'ban

Assalamualaikum wrt..

Alhamdulillah. Masih lagi dapat menghirup udara dan dapat melihat alam ciptaan Allah s.w.t. Semoga hari-hari yang dilalui bertambah baik. Sedar tak sedar kita dah melepasi Nisfu Sya'ban, (Alhamdulillah). Itu tanda kita sudah menghampiri Ramadhan. Semoga amalan kebaikan sentiasa mengiringi kehidupan seharian kita..

Alhamdulillah. Tepat jam 12 p.m 4 Julai 2012 selesaila pembelanjaranku sesi ini selama 4 bulan. Eh terasa baru je daftar masuk dah abis exam rupanya. Begitulah dunia harini. Masa berputar dengan cepatnya tanpa ada button pause. Kepada sahabat-sahabat yang tengah menduduki peperikasaan, semoga sentiasa diberi ketenangan dan kesihatan yang baik. Sentiasalah berdoa dan berusaha, selebihnya bertawakkal lah kepada Allah. Ambillah keberkatan di bulan Sya'ban.



Hadis Nabi S.a.w maksudnya :

                                              “Dua nikmat yang selalu dilalaikan iaitu masa sihat dan masa lapang.” 
                                                                                                                                            (Hadis riwayat Bukhari).

InshaAllah akan meneruskan Kembara Ukhuwah ke rumah sahabat-sahabat sebagai mengisi masa lapang. Semoga dipermudahkan segala urusan perjalanan menuju ke destinasi dan mendapat berkat dariNya..

Sekian, Wassalam.



* Sebarkan zikir.