Friday, February 3, 2012

Memori Tercipta

Assalamualaikum wrt...

Alhamdulillah..harini dah hampir 3 minggu diri ini bercuti daripada kesibukan kota..cehh,bajet selalu dok nyebok kat bandar la kan..hehe padahal sekarang berada di pinggir kota jugak..:) ah abaikan..

Masuk harini dah 2 hari berada di kampung selepas keberangkatan pulang daripada satu program yang telah dianjurkan oleh PERKA..nak taw program ape? ok2 meh kita bace dan saksikan ape sebenarnya program tersebut...

Tepat jam 11 pm, saya berangkat ke SA selama 8 jam perjalanan.betapa lamanya hidup dalam bas yang sangat selesa..owh terima kasih Bas Darul Naim(promote jap !) Sesampai je sana terasa lain kerana kalau sebelom2 nya naik dengan buku2 dan kerja2 yang belom siap tetapi kali ni lain.rilek !.hehe Esoknye mahu teruskan perjalanan ke terengganu untuk mengikuti program JuM Desa. pada mulanya agak keberatan disebabkan jarak yang beribu batu tetapi terpaksa gagahkan diri untuk teruskan jua..



Bermula 25 Januari 2012,kami bertolak ke Kerteh Terengganu..Boleh dikatakan disini 'indah rupa dari khabar'..apa yang dilihat tidak sama sekali dengan apa yang diceritakan..Kampung nelayan itulah yang diceritakan..tetapi sesampainya disana,semua terpegun dan selepas penyerahan anak angkat kepada keluarga angkat masing2 semuanya berpisah..orang2 kerteh tersangat sporting dan sangat ramah..:)


 inilah kenangan di kerteh..nama terpahat di pasu bendera..terima kasih kepada pengukir nama..:D


satu pengalaman yang cukup bermakna bagi diriku,jika sebelom ni hanya 3 hari sahaja untuk program angkat tetapi kali ni 7 hari 6 malam..betapa lamanya.. disebabkan lama, terasa seperti keluarga sendiri walaupon saya tidak mempunyai ayah dan ibu angkat seprti orang lain.hanya adik beradik angkat sahaja yang tinggal.i.tu tidak mematahkan semngat dan memudarkan semangat untuk teruskan aktivi tersebut bahkan sangat selesa dan gembira semasa berada di sana..xdapat diluahkan dengan kata2...)

ini betol2 suasana kampung..halaman rumah penuh dengan tumbuhan hijau..:)

Kampung Telaga Papan sentiasa dihati ! :D banyak kenangan tersimpan kukuh yang akan dikenang sampai bila2..Secara keseluruhannya program tersebut berjaya walaupon cuaca yang hujan kadang2..banyak akiviti kemasyarakatan yang dijalankan seperti gotong royong membersihkan surau, mengindahkan lagi balai belia dengan rupa yang baru (salah sorang terlibat sama..hehee),bersihkn surau&masjid dan byk lg..antara aktiviti lain ialah sukan rakyat,explorace dan taklimat pasal penyu..sekarang saya Sahabat Penyu..dan jadilah sahabat penyu kawan2..hehehe

erkk mase explorace berjalan banyak kenangan yang memenatkan berlaku kerana tersalah arah tujuan..berjalan bagai tiada penghujung tetapi kepenatan ditutupi dengan kegembiraan..itu juga satu pengalaman ber'explorace selama 4 jam perjalanan kaki...hehehe

Selama 7 hari berada disana,terasa bagai 3 hari sja.betapa cepatnya masa berlalu..Hari terakhir pulang diiringi air mata kerana xdapat melihat perpisahan dengan keluarga angkat masing2..suasana hiba menghantar kami pulang..selepas itu suasana kembali ceria apabila singgah beli belah keropok lekor ganu..xsah rasenya kalau datang terengganu xbeli keropok lekor..kn2?hehehe

Selepas 8 jam perjalan kami kembali ke SA..esoknya saya meneruskan lagi perjalanan selama 8 jam pulang ke kampung halaman selepas sekian lama ditinggalkan..:) keesokannya perjalanan diteruskan lagi balik kampung..kepenatan sudah...~~~heee..

Ok sekian dulu cerita yang sangat ringkas ini berkenaan program tersebut..jika nak diceritakan detail seminggu pon belom tentu cukup..hehee..Memori Tercipta di Kerteh,Terengganu..Dalam kenangan.....

p/s : Jika diberi kesempatan waktu akan pergi lagi ke sana.insyaAllah.:)) Ukhuwah yang terbina tidak akan berakhir disitu saja..terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini..:D
gambar masih bukan ditangan..tunggu episod seterusnya..:))

Wassalam..

2 comments:

  1. Betol2.baru berape minggu balik rase cam nak pegi lg kat sane.:)seronok kan program anak angkat ni..banyak pengalaman dapat :D

    ReplyDelete

Komen