Thursday, February 16, 2012

Kunjung-Mengunjung Amalan Mulia

Assalamualaikum wrt...


Menghitung hari ! Hari2 yang dilalui bagaikan pantas berlalu tanpa disedari. InsyaAllah akan dipenuhi cuti2 ini dengan perkara yang memberi manfaat pada diri dan juga semua. :)


Antara perkara yang boleh dilakukan semasa musim cuti ialah kunjung mengunjung. tidak semestinya tiba musim perayaan saja amalan ziarah-menziarahi dipraktikkan tp jika ade masa terluang. Tak kisah la rumah sahabat handai, sanak saudara,jiran tetangga atau sesiapa sahaja. Disamping dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan atau persaudaraan dapat juga kita kenal mngenali terutama sanak saudara.. Jika ditanya tidak semua saudara mara yang kita kenali apatah lagi kawan kepada ayah kita. betol kan? begitu juga diri ini. tidak semua saudara dikenali tapi berusaha untuk mngenali semua sanak saudara kalau boleh..:)


Gambar hiasan.


Ade dalam satu hadis yang bermaksud,


"Jika ayah atau ibu kita sudah tiada,kita perlu menziarahi sahabat2 mereka."


Betapa amalan ziarah menziarahi sangat digalakkan dalam Islam. Oleh itu,marilah kita sama2 membudayakan amalan ziarah menziarahi dalam kehidupan kita walaupon dalam jarak yang dekat. :)


Alhamdulillah dalam percutian ini,saya dah mengunjungi saudara dekat2 dan juga datuk dan nenek di kampung. InsyaAllah kalau ade kelapangan dalam mase terdekat ni dapat lagi pulang ke kampung. seronok sangat walaupon perjalanan tidak mengambil mase yang lama.:) eh selalunya lama baru seronok dapat melihat keindahan alam,tengok negeri orang,kan. tp same je sume 2 bila dah terbiasa..hehe :D

Menjalin silaturrahim merupakan termasuk dalam amalan menambahkan rezeki. Rasulullah bersabda : 

“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

Sampai di sini saja ceritanya. Jumpa lagi di lain cerita. :)

Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Komen