Friday, February 26, 2010

-Salam Maulidul Rasul-


Assalamualaikum....

Alhamdulillah bersua lagi dalam entri yg baru dipostkan ini..=)..Syukur kerana hari ini kita same2 dapat menyambut Hari Keputeraan Baginda Rasulullah s.a.w iaitu tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 26 Mac...

Seringkah kita terfikir bagaimana mulia & bersihnya hati Nabi kita : tetap tersenyum walau dibenci, tetap tenang walau dimusuhi, tetap membantu walau disakiti, tetap menyeru walau diusir pergi... Kenapa kita mudah membenci bila dikasari, mudah putus asa bila yg dilakukan tidak menjadi, mudah kecewa bila org lain tidak memahami, mudah terguris bila kita dinasihati...


Wahai saudaraku yang dikasihi, ingatlah Kekasih Allah itu pernah dihujani dengan batu2 ketika berdakwah di Taif, ingatlah Kekasih Allah itu pernah dihambur dengan najis ketika bersujud di Kaabah, ingatlah pada jasad Kekasih Allah itu terdapat luka2 dalam mempertahankan agama suci ini, ingatlah tiada kalimah lain yang meniti dibibir Kekasih Allah ketika kewafatan baginda melainkan " Ummati, ummati "...

Ayuh ! kita bangkitkan diri agar segala yang indah menghiasi peribadi, kerana qudwah kita adalah Nabi dan kerana itulah sifat hamba Allah yg hakiki.
Ingatlah sesungguhnya kesenangan yang digapai datangnya daripada keperitan perjuangan Rasulullah s.a.w...

Ya Allah, ampuni kami kerana sering melupai KekasihMu, kuatkanlah kami dalam meneruskan legasi perjuangan dakwah KekasihMu..Aminn...



p/s : marilah kita menghidupkan kembali sunnah2 Rasulullah s.a.w...
jom join contest sempena Maulidur Rasul ini..nak tahu lebih lanjut (klik disini)....
terima kasih...

Wallahua'lam...

No comments:

Post a Comment

Komen