Wednesday, July 11, 2012

Kembara Ilmu @ Lawatan Sambil Belajar

Assalamualaikum wrt...

Selepas bertarung dengan kertas-kertas ujian, kami merancang untuk Kembara Ilmu. Awal pagi kami bertolak ke tempat yang dituju. Jika diceritakan mesti kata-kata ini yang didengar ; 'Macam kanak-kanak .', '(sambil gelak) Lawatan sambil belajar ke?', 'Baru nak pergi ke?'. Mungkin dan inilah yang disuarakan. Tapi kami meneruskan juga kembara kami ke Petrosains. (Jangan gelak !)

Lawatan sambil belajar di sini. :)
Alhamdulillah, selama 3 jam perjalanan dan penantian kami tiba disana. Yea, memang betol suara-suara tersebut. Kanak-kanak Tadika sangatla ramai sehingga tiket kami ditunda ke pukul 12.30 pm. Untuk menambahkan ilmu Sains dan Teknologi sesuaila ke tempat tersebut kerana ia berkait dengan teknologi sekeliling kita.

Belajar tangkap rama-rama.

Kami menghabiskan masa sekejap disana  dan seterusnya bertanya khabar kepada kawan kami yang baru sampai ke tanah air. Exited bila berjumpa kerana sekian lama tidak berjumpa selepas habis diploma. Alhamdulillah, berjumpa kerana Allah dan berpisah kerana Allah. Sangat manis persahabatan jika semuanya kerana Allah. Pertemuan tidak berakhir di situ.. InshaAllah jika kelapangan satu hari nanti pasti Allah aturkan lagi pertemuan yang sangat manis. :D

Love our Ukhuwah.


* Meneruskan lagi kembara iaitu Kembara Ukhuwah. Nantikan !

No comments:

Post a Comment

Komen