PART 2
Assalamualaikum...
Bersua lagi kita tanpa suara dan wajah... hanya tulisan yang menghubungkan kita semua...( Iklan 3 saat) heee
Cinta Masjid |
Alhamdulillah masih diberi ruang untuk berkongsi sedikit
pengisian seperti yang dimentionkan
dalam entri yang lepas (Di sini) . Tanpa ayat-ayat yang berbunga, terus masuk pada cerita :). Program ini berjalan dalam sekitar luar kawasan Masjid
Shah Alam.
Checkpoint 1 : Dataran air pancut
Klu : Allah berfirman yang bermaksud
“ Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua mata air yang
terus menerus memancutkan airnya. “ ( Surah Ar-Rahman : 66)
Dataran air pancut yang sangat luas. |
Task yang diberikan : Kami dikehendaki membina bangunan yang
tinggi menggunakan cawan kertas. Dengan menggunakan tali dan getah kami kena
dirikan cawan kertas dengan sebelah tangan. Sangat mencabar emosi kerana banyak
halangan luar. Alhamdulillah akhirnya kami dapat mendirikan bangunan tinggi
menggunakan 6 cawan kertas tersebut dalam masa hampir 5 minit kot.
Ibrah yang kami dapat : Tidak mudah untuk membentuk masyarat
yang besar dan kukuh. Banyak halangan dan cabaran yang terpaksa dilalui.
Aggaplah tapak bangunan itu sebagai kita hari ini, jika kita lari dan tak ambil
bahagian masakan bangunan yang tinggi dapat dibina dengan kukuh ? Oleh itu
untuk membentuk sesebuah negara yang berlandaskan syariat Islam, maka hari ini
kita perlu persiapkan diri dengan ilmu-ilmu dan dapat meneraju negara akan datang.
:D
Checkpoint 2 : Menara jam
Klu : Masa ibarat pedang. Jika kita tidak memotongnya maka
ia akan memotong kita.
Sampai sesat cari menara jam. |
Task yang diberikan : Main seakan bola beracun tapi kami
dikehendaki menjaga dan melindungi ketua daripada terkena bola tersebut.
Ibrah yang kami dapat : Dunia sekarang banyak anasir-anasir
luar dan cabaran dalam menjalani kehidupan kita. Jika kita tidak kuat dan tidak
ada ilmu nescaya kita akan terikut-ikut dan sifat jahiliyah akan terus
membelenggu diri kita. Anggap ketua tadi sebagai diri kita dan penghalang
adalah cara kita menepis segala cabaran yang datang untuk menghasut hati kita.
Jadi, carilah ilmu sebanyak mungkin untuk panduan hidup di dunia dan bekalan
kita di akhirat sana.
Checkpoint 3 : Gelanggang memanah
Klu : Antara sukan yang disukai oleh Rasulullah SAW.
Dah tutup, tak sempat nak main panah-panah..huhuu |
Task yang diberikan : Kami perlu menjatuhkan 2 tin yang
didisi pasir dengan menggunakan ranting, batu kecil dan botol plastic kosong.
Ibrah yang kami dapat : Tin itu adalah matlamat dan hala
tuju kita, manakala bahan lain adalah cara untuk kita capai hasrat kita. Jangan
pandang rendah pada kemampuan kita dan jangan terlalu tinggi cara digunakan
sehingga tidak tercapai akan kemampuan kita. Sebagai contoh, kami memandang
rendah pada ranting kerana anggapan kami ranting yang kecik masakan dapat
menjatuhkan tin yang besar. Tapi anggapan kami silap ! kerana rantinglah
tin-tin itu dapat dijatuhkan. Oleh itu, walau apa cara sekalipun kita lakuakn,
jangan terus putus asa. Cuba dan terus mencuba !
Alhamdulillah walaupun hanya 3 checkpoint yang kami lalui
tapi banyak manfaat yang kami dapat. Penat tapi dapat ! Dapat mengeratkan lagi ukhuwah antara
sahabat-sahabat. Daripada tidak kenal menjadi akrab. Semoga Allah merahmati dan
memberkati ukhuwah yang dibina.
# Salah satu cara untuk memakmurkan masjid ialah lakukan
aktiviti atau program sekitar masjid. InshaaAllah hati akan terus terikat dan
menyintai masjid.
p/s : Bolehlah jadikan modul pada sesapa yang nak buat explorace. :) Explorace yang luar biasa. " From Zero to Hero ! " Semoga bermanfaat. InshaaAllah
program anjuran ape ni??
ReplyDeletetiada penganjur pon.. :) akak2 naqibah yg aturkan.. sesaje mengeratkan ukhuwah antara ahli usrah lain katanya..:)
ReplyDelete