Wednesday, February 22, 2012

Degupan Jantung Terhenti Seketika !

Assalamualaikum wrt...

Suatu Hari..

Handphone ku capai dan dengan pantas jari-jemari menari-nari dia atas keypad. Mesej dihantar kepada salah seorang kawanku merangkap housemateku. 5 minit kemudian, klikk! handphone ku berbunyi menandakan 1 mesej diterima.

" Tak pasti lagi,apepon tengok result dulu."

Tersentap saat habis membaca mesej tersebut. Rasa berdebar juga datang dengan tiba-tiba. Yea, segalanya bergantung pada result yang akan keluar. Begitu juga apabila bercakap dengan kawanku lagi seorang.

" Tengok result dulu macam mane," katanya.

Situasi begini tidak pernah berlaku semasa kami mengambil diploma dahulu. Segalanya berubah ! Kehidupan ijazah sangat mencabar tambah-tambah di tahun pertama.

Berdoalah kerana Doa adalah senjata orang mukmin.

22 Februari 2012

Examination result diumumkan melalui email.

Selesai menjalani rutin harian sebelom tengahari menjengah, laptop dibuka. Berkira-kira untuk membuka yang mane dulu. Ok facebook dibuka untuk melihat reaksi-reaksi mereka macam mane, dengan harapan semuanya ke arah positif. Alhamdulillah ada yang positif. Email telah dibuka,hanya dengan klik sahaja result akn terpapar diskrin. Tetikus di scroll ke bawah dengan berhati-hati supaya sesak nafas dapat dielakkan.:D

Gambar Hiasan.

Alhamdulillah tanda bersyukur tidak putus-putus diluahkan sambil mata berkaca-kaca tidak dapat ditahan lagi. Allah Maha Besar ! :'( Handphone cepat-cepat dicapai dan mesej dihatar kepada ibu dan ayahku yang sedang sibuk mencari rezeki untuk keluarga. Semoga dengan berita ini dapat meringankan beban mereka dan mereka lebih bersemangat dengan kerja mereka. Itulah harapanku :)

Ucapan tahniah beserta dengan janji :D daripada mereka sangat mengharukan walaupon result tidaklah segempak mana. tapi itu menandakan mereka menghargai apa-apa keputusan yang kita perolehi. Masih ingat lagi sewaktu sedang berborak-borak dengan ibuku. Hati ini meluahkan tentang kerisauan terhadap pelajaran kerana dirasakan susah tetapi kata-kata ibu dapat menyejukkan hati yang sedang gundah.

" Biasala tu, belajar mana-mana pon tak ade yang senang tapi usaha itu penting. Walau apa yang terjadi pelajaran perlu diteruskan jangan patah balik. Kita dah memilih jalan tersebut dan teruskan.InsyaAllah Allah bantu kita."


Sebak ! :'( Berbicaralah dengan ibu ketika suka dan duka..Sesungguhnya ibu adalah sangat dekat dengan kita selepas Pencipta kita.. Uhibbu ya Ummi wa Abi !




Sampai disini sahaja. Ibuku pon dah nk hampir pulang. Nak kongsi kegembiraan ini dengan ibu didepan mata. Ayahku pulang lewat tapi tidak mengapa semoga beliau selamat sampai ke rumah. :)

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

p/s : Firman Allah yang bermaksud "Jika kamu bersyukur pasti Ku tambah nikmat Ku kepadamu; sebaliknya jika kamu mengingkari nikmat itu, tentu seksaanKu lebih dasyat." [Surah Ibrahim : 7]
  * Janganlah sesekali merasa bangga dengan apa yang diperolehi, bersyukurlah kerana semuanya datang daripada Allah.. 

Wassalam.



No comments:

Post a Comment

Komen