Tuesday, January 21, 2014

Welcome 2014

Assalamualaikum pembuka bicara,
Dari saya untuk semua. hihiii

Alhamdulillah.
Ade jugak mase nak update blog yang dah bertahun terabai. eh berbulan la tak sampai bertahun lagi. (betapa lamenye rase)
Almaklumlah penulis masih bersekolah. heh :P
Now, penulis menjadi seorang penganggur sepenuh masa. hehee

Flashback >>>>>>>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
My final thesis, done! :)


Alhamdulillah tepat jam 12 pm, 8/1/2014 penulis menamatkan ayat terakhir dalam final exam untuk final year. InshaaAllah. :) dan pada 9/1/2014 penulis bersyukur selamat menghantar thesis akhir kepada supervisor. Thanks ! hee girang tak terkata. pada 13/1/2014 Alhamdulillah penulis selamat sampai ke teratak bonda di Kelantan Darilnaim. Thanks pakcik driver Mutiara (promote ckit..hihi) pandu secara berhemat dgn tagline 'InshaaAllah Selamat'. hehee
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Shah Alam tersimpan 1001 kisah suka dan duka.
Kenangan yang tak akan terpadam sampai bila-bila. InshaaAllah
Sahabat-sahabat seperjuangan yang meriuhkan suasana.
Semua la..hmm

Akhir kata. eh dah macam mengarang esei SPM surat tidak rasmi je ..hahaa
InshaaAllah jumpe lagi di masa akan datang.

p/s : Semoga sahabat semua berjaya di dunia dan di akhirat. InshaaAllah.

Thursday, July 11, 2013

Salam Ramadhan

Assalamualaikum wrt...

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK.



#Tingkatkan amalan kebaikan
#Perbanyakkan membaca Al-Quran
#Sentiasa basahkan lidah dengan Zikrullah
#Banyakkan bersedekah

*Semoga Ramadhan tahun ini dilalui dengan penuh barakah. InshaaAllah
:)

Saturday, June 22, 2013

Final Year Project 1 vs Industrial Training

Assalamualaikum wrt. dan salam sejahtera...

Alhamdulillah, sekarang boleh merehatkan minda sebelom menyiapkan minda untuk menghadapi ujian yang mendatang. :) Rehatkan minda dengan melihat alam bersama keluarga adalah saat yang paling ditunggu. Tak cukup keluar dengan sahabat2 sambung plak keluar dengan keluarga. nice ! hehe

Presentation FYP 1 pon dah tapi rasenye masih ade lagi yang mengekori. tak suka ! huhuu erm, abaikan je perasaan yang negatif, sentiasa berfikiran positif. Dalam keriangan ada ketakutan. eh boleh jadi madah ! hee Yes ! Latihan industi @ praktikal. Hurm tetiba malas nak fikir pasal tu. Terima je nanti seadanya. Macam pasrah kan? iyela belajar daripada pengalaman. Masuk dunia baru yakni terdedah dengan dunia pekerjaan. Jadi seram sejuk pulak.. Lagi sekali abaikan. Sepatutnya dah ade pengalaman senang la nanti, takde la terkapai-kapai ketidak selesaan seorang diri kan? bukan apa, takut sejarah berulang kembali. Sejarah mungkin berulang ! ;)

Keluar pagi dalam keterpaksaan sedangkan atas pertimbangan diri sendiri. Balik tanpa senyuman. Bukan penat, tapi.. erm entah la.. hari-hari macam tu, membilang hari untuk tamat. Sebulan setengah boleh dikategorikan lame jugak la bila hati tak suka. Bila hari terakhir, rasa terbang ke bintang je seronok. heh melampau ! Tapi Alhamdulillah dapat merasai pahit getir dunia pekerjaan sebelum melibatkan diri secara total dalam dunia tersebut. Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian kan? :(

Harapan : Semoga semuanya berjalan lancar dan dapat menempuhi segala cabaran dengan tenangnya terutama semasa menjalani ibadah puasa.(Eh dah nak puasa Ramadhan dah kita. Terus berdoa). Dan yang penting semoga sejarah tak mungkin berulang lagi. Dengan harapan keluar pagi dengan semangat yang tinggi, balik dengan senyuman yang lebar. InshaaAllah sama-sama doakan ! :)

Sekian, semoga praktikal nanti menjadi kenangan yang terindah ! :D

Kenangan : Kerja2 memasang link di tingkat 4.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Friday, June 14, 2013

Kebahagiaan Yang Didambakan.

Assalamualaikum wrt. dan salam sejahtera...

Alhamdulillah masih diberi kesempatan masa dan ruang untuk terus menghirup udara yang segar sehingga ke saat ini. Sentiasalah mensyukuri nikmat yang telah diberikan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ringtone lagu Maher Zain- Number One bernada riang memecah kesunyian. Dengan hati yang teragak-agak handphone dijawab. Terdengar suara yang sangat dirindui di talian. Walau mata tidak bertentang tapi hati sentiasa terikat.


Ibu : Assalamualaikum. kak dekat mana ni?
Kakak : Waalaikumussalam.. sekarang kat masjid ade kuliah jap. ma sihat ke? ( suara perlahan sengaja ditahan takut kedengaran orang sekeliling.)
Ibu : Oh, takpela kalau macam tu..Alhamdulillah ma sihat tapi penat sikit hari ni. nanti kak dah balik call la ma balik.
kakak : Ok ma.. 

Talian diputuskan. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Boleh tak kita bayangkan apa perasaan ibu sewaktu mendengar anaknya sedang berada di majlis ilmu? Sedih? kenapa perlu bersedih? Marah? Kenapa perlu marah? Mungkin saat itu dia menitiskan air mata terharu, gembira. Ibu mana yang tidak mahu hati anaknya sentiasa terikat dengan majlis ilmu? Ibu mana yang mahu anaknya menjadi seorang yang berperangai buruk? Tidak ! Tidak ada seorang ibu yang bersifat demikian. 

Sebagai seorang anak sanggupkah kita melihat ibu kita menangis disebabkan sifat buruk yang kita lakukan? Jika ya, masih ada waktu untuk memohon kemaafan daripada ibu bapa dan mendoakan mereka. Jika sudah tiada sentiasa memohon ampun daripada Allah dan sentiasa mendoakan kesejahteraan kepada ibu bapa kita. Jadilah anak yang soleh dan solehah. InshaaAllah bahagia di dunia.




p/s : Sentiasa berusaha menjadi yang terbaik dan dapat mengembirakan hati ibu bapa. Kita boleh memarahi dan tidak berpuas hati terhadap ibu, tapi ingat... Kesan parut ibu lahirkan kita tidak akan hilang sampai bila-bila. 

Sekian.