Monday, March 25, 2013

Masa Tambahan



Assalamualaikum wrt...

Tragedi penuh tragis !
Menyayat hati !
Terlalu sadis !
T_T
Pilu,
Hiba,
Terharu,
Kecewa,
T_T lagi !

Eh ape kaitan dengan masa tambahan?
Begini kisahnya....

Selalunya perjalanan mengambil masa 7 jam, jika drive secara berhemah hampir 8 jam. Tapi semalam bertambah-tambah plak masa, bukan seminit dua tapi berjam-jam..huhuu rasenye jika naik kt johor dah sampai kedah dah..( ok terlebih suda...) :( Semua jenis public transport sapu bersih. Bas, ktm, teksi. Kalau perlu naik feri, dah naik rasenye. hoho

Tengah-tengah kebuntuan mencari jalan pulang, Allah telah menghantar seorang mak cik mungkin dalam 50an datang menolongku. Alhamdulillah. Pesanan makcik tu semasa menunjukkanku jalan,

"Malu bertanya sesat jalan." " Kat sini nak bertanya kena pilih orang, silap tanya kita pulak dimarahinya."

Semoga Allah membalas jasa baik makcik tu. :)

Alhamdulillah akhirnya selamat sampai. Dugaan sebagai seorang musafir. Doa semasa musafir akan dimakbulkan. Jadi doa tidak putus-putus. :)

p/s : Beringat sebelom kena, bila dah kena jadikan pengajaran. Yakinlah pada Allah. Sesungguhnya hanya Allah yang bisa membantu kita dalam macam-macam bentuk pertolongan. :)

Friday, March 22, 2013

Layarkanku Ke Arah CintaMu

Assalamualaikum wrt.

Alhamdulillah diberi kesempatan masa untuk meng'update' pengisian blog ini. :)
Tetiba selongkar folder lama-lama, masih kemas tersimpan satu video nasyid yang sangat syahdu bila dihayati liriknya. Walaupun agak lama jugak la video ni, em memang lama la sekarang pon dah susah nak dengar kat mana-mana radio kan, tapi lagu ni berada di carta lagu kesukaanku.. :)

Ape lagi lirik dah ade, ayuh karok secara sopan... hehee


Layar Keinsafan

Album : Layar Keinsafan
Munsyid : Mestica

Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora.




p/s : Lirik yang indah. Sangat mengusik jiwa.

Saturday, March 16, 2013

Menulislah Kerana Allah



Assalamualaikum wrt...


Bersua lagi kita.

Mungkin entri ni agak samar-samar.Tidak mengapa nanti akan diberi pencerahan. :)

Eh rasenya takde lah dalam mana bahasa,rasanya sume boleh paham bila baca tajuk besar kan?

tak? okey-okey macam ni...


Kita keluar sikit daripada topik,bukan sahaja dari segi menulis tapi dalam semua aspek kita mesti letakkan Allah di hadapan.Oleh itu kita akan takut untuk menyebarkan cerita-cerita palsu, bercakap perkara yang sia-sia dan macam-macam lagi yang bukan-bukan.


Jadi, mulai hari ini,detik ini, ketika ini, niatkan dalam hati kecil kita kerana Allah.Sebelum memulakan sesuatu perkara niatlah kerana Allah.Belajar kerana Allah, menulis kerana Allah, mengajar kerana Allah, memberi kerana Allah, makan dan minum kerana Allah, etc.Eh makan dan minum pon kerana Allah?Iye lah, bila kita makan dan minum dari rezeki yang halal dan berkhasiat, badan kita akan sentiasa sihat dan bebas daripada penyakit berbahaya. Oleh itu, kita dapat melakukan ibadah dengan sempurna. 

Betol kan? Ke ade ape-ape nak ditambah? boleh-boleh. Silakan... :)


Kata-kata yang kita tulis akan kekal sampai bila-bila selagi ia tidak didelete. Jadi, tulislah perkara-perkara yang berfaedah dan memberi manfaat untuk orang lain.

Berusaha menulis perkara yang bermanfaat.

[Gambar hiasan]
p/s : Sentiasalah berpesan-pesan dengan kebenaran. (^^)\/

Thursday, March 14, 2013

Penang Aku Datang

Assalamualaikum wrt...

(Gambar hiasan)

Alhamdulillah impian telah dimakbulkan.:)
Betapa Allah sentiasa mendengar bisikan hati hambaNya, walaupon kata hati tapi manusia tidak akan terlepas daripada pengawasan Allah. Selalulah niat yang baik-baik. InshaaAllah.. :)

Sejak berpisah membawa hala tuju pengajian masing-masing, sudah jarang untuk bertemu dengan teman-teman seperjuangan. Tapi rezeki tiada siapa yang tahu. Hari-hari rancang itu dan ini tapi jika tidak diizinkan oleh Allah takkan kemana mana pon kita. Betul kan?

Okey.. Straight to the point, rakan sekolej ingin mengadakan perjumpaan tergempar di Penang. Konon-konon untuk menghimpunkan semua2 sahabat seperjuangan semasa diploma pada 8/3/2013. Tetapi last minute sume geng perempuan tidak jadi pergi atas sebab-sebab tertentu.( nak senaraikan terlalu banyak ) Erm masa tu, tiada perasaan, yakin pada Allah akan sampai jugak sana suatu hari nanti. Positif ! :)

Tiga hari sebelum 8/3 dengar ada program berbentuk kem di Penang daripada sorang sumber yang boleh dipercayai . Terasa gembira datang tiba-tiba sambil-sambil pujuk-memujuk untuk ikut sekali lebih kurang menumpang la. nak dijadikan cerita sesi pujuk-memujuk berakhir dengan kecewa. Redha, pasrah sume bercampur. Tapi Allah Maha Besar. Dia telah mengatur segala-gala. Ditakdirkan peserta tidak mencukupi kami empat orang diimport untuk menyertainya. Hati tidak terus menerima tawaran tersebut bukan jual mahal :) tetapi ingin membuat keputusan yang memuaskan hati semua pihak. Ceh ! Konon2 adakan sesi bincang-bincang. sangat penting lagi-lagi dengan mama abah.. :D

Atas beberapa sebab, tawaran tersebut diterima dengan hati yang girang. Berfikir sejenak, ada hikmah tak jadi pergi dengan mereka-mereka menggunakan kewangan sendiri. Rupanya Allah nak bagi lagi baik daripada tu, pergi dengan persatuan bawak diri sahaja. Terima kasih ! hehe hati melonjak-lonjak kegembiraan dan ketidaksabaran datang serta merta. Tak sabar, tak sabar tak sabar ! ( jerit macam Lisa Surihani..:D )

Alhamdulillah akhirnya tercapai. 2 in 1. Eh ingatkan minuman je ade 2 in 1? program pon ade taw..hehee Di samping berprogram dapat la juga jumpa sahabat2 kat Uitm Penang. Bukan saja 2 in 1 malah sesampainya kat sane 3 in 1 ! sungguh tak tipu.. :) Dapat jumpa sahabat2 yang dirindui, sertai program dan dapat ilmu pengetahuan.. Alhamdulillah tiga hari berada di sana. :)

Kata-kata ini juga dilontarkan oleh MPP UiTM Penang.

* bersambung...

p/s : InshaaAllah akan disambungkan lagi cerita berkisar pengalaman yang berharga ini...:)
"Jika berukhwah kerana Allah akan terasa kemanisan dalam Ukhwah tersebut."

Saturday, March 2, 2013

Penulisan itu

Assalamualaikum..
Selamat pagi..:)

Saya kagum dengan penulis-penulis buku yang boleh mengarang beratus-ratus page. Terasa ingin tahu apakah rahsia mereka. hehe. Saya mahu ikut jejak mereka.

Sekarang ni tengah berkira-kira untuk menulis cerpen atas permintaan. Tetapi belum lagi membuat keputusan yang konkrit untuk mula mengarang. Mungkin tengah mencari idea barangkali, diri sendiri pon belum pasti. hish ! Erm mungkin diri ini bukan dilahirkan untuk menjadi penulis itu yang membuatkan ada halangan dan cabaran yang sukar diatasi. :) Ok, percaya pada diri sendiri !

Mungkin juga alasan tersebut hampir tepat kerana bidang pengajianku sekarang jauh berbeza dengan bidang penulisan. Tapi tidak mustahil bukan? (Sedapkan hati.) Cepat bagi suntikan semangat sikit...:)
Kan best kalau kita bercakap-cakap bagi idea, sebelah kita ada PA yang khusyuk menaip dan dan tidak jemu meneruskan penceritaan kita. Itulah sifat yang sukar dipisahkan dalam diri sejak dahulu lagi. Suka berimeginasi. huhu Ish percuma aje khayalan tersebut ! Eh kadang-kadang seronok juga ! :)

Sekarang sudah mati kata-kata. Setakat ini sajalah dulu.
Jumpa lagi di lain cerita.

p/s : Semoga mood menulis datang mencurah-curah. :)